Kepada semua warga kerja Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Perak diucapkan selamat memulakan tugas di tahun baru 2011.
'BIASAKAN YANG BETUL - BETULKAN YANG BIASA'
Kepada Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad, Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak yang baharu, tahniah diucapkan. Kepulangan tuan sebagai peneraju BTPN Perak akan terus menggemilang dan mengharumkan nama BTPN serta PKG ke segenap pelusuk negeri.
Tidak lupa kepada Encik Sharuddin bin Yusof, Penolong Pengarah (Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media) BTPN yang baharu dirakamkan ucapan tahniah kerana kembali menjadi warga BTPN Perak berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Kepada pegawai dan kaki tangan yang pernah menabur budi dan jasa di bawah bumbung BTPN/PKG Perak jutaan terima kasih disimpulkan sebagai pengikat tali silaturahim sesama kita.
Pantun buat Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad (KPP, BTPN) dan Encik Sharuddin bin Yusof (Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media BTPN).
Menaiki bot ke Tanjung Lumpur,
Singgah makan di Tasik Chini;
Umpama belut pulang ke lumpur,
Begitulah kiasan tuan-tuan di BTPN ini.
Pantun buat Tuan Haji Ab Razak bin Hassan (mantan Penolong Pengarah BTPN yang bertukar ke SMK Jalan Tasek, Ipoh mulai 16 Disember 2010) dan Encik Muhamad Wazir bin Mohd Fahmi (mantan Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit ICT BTPN Perak bertukar ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bukit Kiara, Kuala Lumpur mulai 1 November 2010) dan pegawai-pegawai serta kaki tangan-kaki tangan sokongan yang lain termasuk di Pusat Kegiatan Guru (PKG).
Tudung saji penutup hidangan,
Hidangan tradisi pembuka selera;
Tuan pergi meneruskan perjuangan,
Perjuangan membela bangsa dan negara.
0 comments:
Post a Comment