Blog ini adalah usaha untuk penambahbaikan sistem penyampaian maklumat oleh Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perak. Ini merupakan satu alternatif dan mengikut keperluan semasa bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan unit ini. Ianya menyokong kerja-kerja berbentuk pembangunan media pendidikan, penyiaran, promosi, dan inovasi bukan sahaja di peringkat BTPN dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) tetapi termasuk juga sekolah-sekolah di negeri Perak. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan bagi memantapkan lagi blog ini untuk manfaat bersama.