UCAPAN PENGARAH BTP
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2011
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tarikh: 11.1.2011 (Selasa)
Tempat: Auditorium , BTP
Masa: 9.00 pagi
Urusetia: Sektor Pengurusan Strategik, BTP
1. Mengucapkan Selamat tahun Baru kepada semua warga BTP dan cawangan
2. Tahniah dan syabas kepada semua warga BTP yang telah melaksanakan program-program pada 2010 dengan cemerlang.
3. Pastikan pelaksanaan SKT 2011 selaras dengan peranan BTP/BTPN/PTPB/PKG dan laksanakan dengan teliti sehingga menghasilkan output dan outcome yang berkualiti.
4. Star Rating MAMPU: KPM pada tahap 4 bintang yang hampir jatuh kepada tahap 3 bintang. Antara punca ialah kurangnya penggunaan ICT dalam pengurusan
5. Mohon amalkan etika dan nilai murni penjawat awam yang antaranya mestilah
5.1 amanah
5.2 memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi
5.3 menepati masa
5.4 memberikan fakta yang tepat
5.5 melaksanakan tugas dengan penuh teliti dan mengikut prosedur kerja
5.6 amalkan “Do it right for the 1st time”
5.7 melaksanakan tugas melebihi apa yang ditetapkan
5.8 berlapang dada untuk menerima teguran dan sentiasa membuat penambahbaikan pada
diri sendiri dan tugas
5.9 Sentiasa meningkatkan kompetensi masing-masing dan pastikan semua warga mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari
5.10 Mempertingkatkan kekerapan aktiviti pengamalan nilai-nilai murni dan penerapan etikan kerja
5.11 Kawalan disiplin perlu dilihat secara positif untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang ada dan perlu diambil tindakan kepada warga yang melakukan perkara negative
5.12 Sentiasa bekerja dalam “teamwork” untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang.
Disediakan oleh:
HAJI AHMAD DAHLAN BIN KARDI
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
(Tuan Haji Ahmad Dahlan Kadri merupakan Presiden Persatuan KPP BTPN Malaysia)
0 comments:
Post a Comment