Thursday, February 10, 2011
Audit Sistem Pengurusan Kualiti JPN Perak
Taklimat 2 hari ini dihadiri oleh wakil dari sepuluh buah Pejabat Pelajaran Daerah dan beberapa buah sekolah yang terlibat di negeri Perak.
Wednesday, February 9, 2011
Top Fives - JPN Perak Mengorak Langkah
Pada 8 dan 9 Febuari 2011 Jabatan Pelajaran Perak telah mengadakan siri perbengkelan Top Fives untuk memacu kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2011. Guru-guru dari seluruh negeri yang melibatkan semua mata pelajaran telah menghadiri perbengkelan selama 2 hari bertempat di Bilik Juara Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Hari pertama perbengkelan melibatkan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Geografi. Manakala pada hari kedua pula melibatkan guru-guru yang mengajar antara lain mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, dan Kemahiran Hidup.
Program Pementoran JPN dan PPD Negeri Perak
Pada 1 dan 2 Februari 2011, Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan Program Pementoran kepada kaunselor dan pegawai sokongan dari semua Pejabat Pelajaran Daerah di negeri ini. Tuan Haji Mohd Idris bin Mohd Ramli, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Perak telah menyempurnakan majlis penutup program ini. Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Khadijah bt Mohd Zahari, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Perak.
Wednesday, February 2, 2011
Gong Xi Fa Cai - 2011
Gong Xi Fa Cai
EduwebTV Versi 2.0
Kursus kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Sabah dan Sarawak. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai BTPN/PKG seluruh negara tentang perubahan EduwebTV Versi 1.0 kepada Versi 2.0.
Peserta negeri Perak terdiri dari tiga (3) orang Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN dan dua belas (12) orang Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG. Para Pegawai Teknologi Pendidikan PKG adalah mewakili semua sepuluh (10) daerah yang akan menjadi fasilitator di peringkat negeri dan daerah.
Mesyuarat Khas Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak
2 Februari 2011 - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak telah mengadakan Mesyuarat Khas Pengurusan Sekolah Bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa bertempat di Bilik Perdana Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Mesyuarat tersebut dihadiri pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Sekolah dan semua Pegawai Pelajaran Daerah negeri Perak.
Monday, January 24, 2011
Portal Learning Management System (LMS) BTP KPM
Salam,
Portal berkenaan boleh dilayari di alamat http://spp.moe.edu.my/
Bahan tersebut menggunakan pelbagai bahan multimedia interaktif terutama Pendidikan Islam 3D Tahun 1,2,dan 3.
Wednesday, January 19, 2011
PENDOKUMENTASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DAN 'MICRO TEACHING' SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI - PEGAWAI KANAN PEPERIKSAAN BIL.I /2O11
Unit Promosi, Inovasi Dan Media diberi kepercayaan untuk mendokumentasikan 'Petaksiran Berasaskan Sekolah' oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, KPM. Krew produksi BTPN Perak dan PKG-PKG berusaha keras bagi menyiapkan rakaman langsung sesi 'Micro Teaching' dan taklimat di SMK Raja Perempuan, Ipoh juga SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar.
LATIHAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011
Bahagian teknologi Pendidikan (BTP) akan mengadakan Latihan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah 2011. Tujuan Latihan ini diadakan adalah untuk melatih pegawai-pegawai dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk menguasai aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah dari segi teknikal dan pengurusan (user), SPS akan diperluaskan kepada semua sekolah pada tahun 2011.
Tuesday, January 11, 2011
Catatan Ucapan YBhg. Datin Siti Zaleha
UCAPAN PENGARAH BTP
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2011
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tarikh: 11.1.2011 (Selasa)
Tempat: Auditorium , BTP
Masa: 9.00 pagi
Urusetia: Sektor Pengurusan Strategik, BTP
1. Mengucapkan Selamat tahun Baru kepada semua warga BTP dan cawangan
2. Tahniah dan syabas kepada semua warga BTP yang telah melaksanakan program-program pada 2010 dengan cemerlang.
3. Pastikan pelaksanaan SKT 2011 selaras dengan peranan BTP/BTPN/PTPB/PKG dan laksanakan dengan teliti sehingga menghasilkan output dan outcome yang berkualiti.
4. Star Rating MAMPU: KPM pada tahap 4 bintang yang hampir jatuh kepada tahap 3 bintang. Antara punca ialah kurangnya penggunaan ICT dalam pengurusan
5. Mohon amalkan etika dan nilai murni penjawat awam yang antaranya mestilah
5.1 amanah
5.2 memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi
5.3 menepati masa
5.4 memberikan fakta yang tepat
5.5 melaksanakan tugas dengan penuh teliti dan mengikut prosedur kerja
5.6 amalkan “Do it right for the 1st time”
5.7 melaksanakan tugas melebihi apa yang ditetapkan
5.8 berlapang dada untuk menerima teguran dan sentiasa membuat penambahbaikan pada
diri sendiri dan tugas
5.9 Sentiasa meningkatkan kompetensi masing-masing dan pastikan semua warga mendapat latihan sekurang-kurangnya 7 hari
5.10 Mempertingkatkan kekerapan aktiviti pengamalan nilai-nilai murni dan penerapan etikan kerja
5.11 Kawalan disiplin perlu dilihat secara positif untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang ada dan perlu diambil tindakan kepada warga yang melakukan perkara negative
5.12 Sentiasa bekerja dalam “teamwork” untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang.
Disediakan oleh:
HAJI AHMAD DAHLAN BIN KARDI
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
(Tuan Haji Ahmad Dahlan Kadri merupakan Presiden Persatuan KPP BTPN Malaysia)
Friday, January 7, 2011
Takwim Persekolahan 2011 (Sumber; Laman Sesawang KPM)
Takwim Sekolah 2011
Kumpulan A | ||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 02.01.2011 | 31.01.2011 | 22 |
Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 10.03.2011 | 8 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 11.03.2011 | 19.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 20.03.2011 | 31.03.2011 | 10 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 26.05.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 27.05.2011 | 11.06.2011 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 12.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 25.08.2011 | 19 | |
Cuti Pertengahan Penggal ke II | 26.08.2011 | 03.09.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 04.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 17.11.2011 | 13 | |
Cuti Akhir Tahun | 18.11.2011 | 31.12.2011 | 44 | |
Jumlah | 288 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 |
Kumpulan A :
- Kedah
- Kelantan
- Terengganu
Kumpulan B | ||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 03.01.2011 | 31.01.2011 | 21 |
Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 11.03.2011 | 9 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2011 | 20.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 21.03.2011 | 31.03.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 27.05.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 28.05.2011 | 12.06.2011 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 13.06.2011 | 30.06.2011 | 14 |
Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 26.08.2011 | 20 | |
Cuti Pertengahan Penggal ke II | 27.08.2011 | 04.09.2011 | 9 | |
Hari Persekolahan | 05.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 18.11.2011 | 14 | |
Cuti Akhir Tahun | 19.11.2011 | 01.01.2012 | 44 | |
Jumlah | 288 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 |
Kumpulan B :
|
|