Demi Masa

[]& &dataTextFieldStyle=

[]

& &timeTextFieldStyle=

[]

& &clock_type=analog& &clock_sound=false& &imagearray=& &time_style=12& " />

Thursday, February 10, 2011

Audit Sistem Pengurusan Kualiti JPN Perak

10 hingga 11 Februari, Jabatan Pelajaran Perak mengadakan Taklimat Audit Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran Sekolah-Sekolah Negeri Perak bertempat di Satria Bestari, Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh.
Taklimat 2 hari ini dihadiri oleh wakil dari sepuluh buah Pejabat Pelajaran Daerah dan beberapa buah sekolah yang terlibat di negeri Perak.

Wednesday, February 9, 2011

Top Fives - JPN Perak Mengorak Langkah


Pada 8 dan 9 Febuari 2011 Jabatan Pelajaran Perak telah mengadakan siri perbengkelan Top Fives untuk memacu kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2011. Guru-guru dari seluruh negeri yang melibatkan semua mata pelajaran telah menghadiri perbengkelan selama 2 hari bertempat di Bilik Juara Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Hari pertama perbengkelan melibatkan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Geografi. Manakala pada hari kedua pula melibatkan guru-guru yang mengajar antara lain mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, dan Kemahiran Hidup.

Program Pementoran JPN dan PPD Negeri Perak


Pada 1 dan 2 Februari 2011, Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan Program Pementoran kepada kaunselor dan pegawai sokongan dari semua Pejabat Pelajaran Daerah di negeri ini. Tuan Haji Mohd Idris bin Mohd Ramli, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Perak telah menyempurnakan majlis penutup program ini. Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Khadijah bt Mohd Zahari, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Perak.

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai - 2011

Warga kerja Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2011 kepada seluruh warga pendidik dan rakan-rakan dari kaum Tionghua. Semoga sejahtera, makmur dan berjaya sentiasa.
Gong Xi Fa Cai

Chinese New Year 2011

gambar pengarah jpnprk










EduwebTV Versi 2.0

Pada 23 hingga 27 Januari 2011 seramai 15 orang pegawai BTPN dan PKG negeri Perak telah menghadiri Kursus Latihan Penggunaan EduwebTV Versi 2.0 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 18, Shah Alam.
Kursus kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Sabah dan Sarawak. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai BTPN/PKG seluruh negara tentang perubahan EduwebTV Versi 1.0 kepada Versi 2.0.
Peserta negeri Perak terdiri dari tiga (3) orang Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN dan dua belas (12) orang Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG. Para Pegawai Teknologi Pendidikan PKG adalah mewakili semua sepuluh (10) daerah yang akan menjadi fasilitator di peringkat negeri dan daerah.

Mesyuarat Khas Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak


2 Februari 2011 - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak telah mengadakan Mesyuarat Khas Pengurusan Sekolah Bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa bertempat di Bilik Perdana Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Mesyuarat tersebut dihadiri pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Sekolah dan semua Pegawai Pelajaran Daerah negeri Perak.